Home Ekonomi JS-SEZ mampu pacu Johor duduki tempat pertama pelaburan negara
Ekonomi

JS-SEZ mampu pacu Johor duduki tempat pertama pelaburan negara

JS-SEZ mampu pacu Johor duduki tempat pertama pelaburan negara

ONN HAFIZ Ghazi (tengah) merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks Minyak Sawit Mampan Bersepadu (iSPOC) Johor Plantations Group Berhad (JPG) di Ladang Pasir Logok, Sedili, Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Johor mampu menduduki tempat pertama berjaya menarik pelaburan keseluruhan dalam negara pada tahun ini menerusi pembangunan yang rancak dipacu pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ketika ini Johor berada pada kedudukan ketiga selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan jumlah pelaburan keseluruhan RM48.5 bilion pada tahun lalu, peningkatan RM5.4 billion berbanding tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah seperti yang kita semua tahu Johor berada di tangga ketiga dari segi pelaburan keseluruhan, tetapi untuk tahun ini kita akan tingkatkan lagi usaha, insya-Allah untuk menjadi nombor satu.

“Antara faktor yang boleh menyumbang, terutamanya JS-SEZ ini akan menjadi katalis untuk menarik pelaburan  masuk ke Johor.

“Keduanya, dari segi infrastruktur, semua sedia maklum bahawa Sistem Rapid Transit (RTS) Link akan siap pada hujung tahun depan dan mula beroperasi Januari 2027,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Minyak Sawit Mampan Bersepadu (iSPOC) Johor Plantations Group Berhad (JPG) di Ladang Pasir Logok, Sedili, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Zahari Sarip; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han dan Pengerusi JPG, Tan Sri Dr. Ismail Bakar.

Onn Hafiz berkata, kerajaan juga telah membuat pelaburan untuk melebarkan beberapa lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Senai-Desaru yang sedang dilaksanakan.

“Pada masa sama kita juga sedang menaik taraf kemudahan dengan pembangunan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) dan kita juga punya Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru yang dijadualkan siap pada tahun ini. Jadi, banyak perkara yang akan menyumbang untuk menarik pelabur ke negeri Johor,” katanya.

Selain faktor kemudahan yang sedang dibangunkan, faktor tenaga mahir dan terlatih menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) juga penting untuk menarik pelabur masuk ke negeri ini.

Sementara itu, Ismail berkata, iSPOC menjadi pemacu utama dalam pengembangan hiliran bagi pengeluaran minyak dan lemak khusus. 

Katanya, kompleks canggih itu menempatkan loji penapisan minyak dan lemak khusus, kilang minyak sawit, loji pemprosesan isi rung sawit, kilang makanan haiwan dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“iSPOC juga bakal menjadi kemudahan pertama seumpamanya dalam negara yang sepenuhnya mengadaptasi model ekonomi kitaran, dengan mengoptimumkan penggunaan sumber dengan menjana tenaga boleh diperbaharui menerusi biojisim dan biogas yang terhasil daripada proses pengeluaran minyak sawit.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...

Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 13 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada...

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik
Ekonomi

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik

PETALING JAYA: UEM Lestra Berhad (UEM Lestra), anak syarikat milik penuh dan...

Ekonomi

Sistem Akaun Negara 2025 diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 12 Mac – Sistem Akaun Negara 2025...