Home Ekonomi Pembangunan JS-SEZ: Langkah strategik Johor tarik pelabur
Ekonomi

Pembangunan JS-SEZ: Langkah strategik Johor tarik pelabur

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi / Foto Fail

KOTA TINGGI, 27 Februari – Pembangunan pesat Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) terus menjadi pemacu utama dalam usaha Johor mencapai kedudukan pertama dalam pelaburan keseluruhan negara tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ketika ini Johor berada di tempat ketiga selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan, dengan jumlah pelaburan keseluruhan bernilai RM48.5 bilion tahun lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM5.4 bilion berbanding tahun sebelumnya.

\”Pada masa sama, kita juga mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan terlatih melalui Johor Talent Development Council (JTDC). Ekosistem menyeluruh ini sangat penting bagi menarik lebih ramai pelabur ke Johor.

\”Saya yakin kerajaan Persekutuan, agensi berkaitan, serta kerajaan negeri sedang bekerjasama erat bagi memastikan kejayaan ini dapat direalisasikan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks Minyak Sawit Mampan Bersepadu oleh Johor Plantation Group Berhad di sini.

Projek kompleks tersebut melibatkan pelaburan sebanyak RM650 juta dan dijangka mewujudkan 250 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...