Friday , 28 February 2025
Home Ekonomi Petronas tetap akan bayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini
Ekonomi

Petronas tetap akan bayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini

Petronas tetap akan bayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini

AMIR HAMZAH AZIZAN

KAJANG: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) akan tetap membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini sebagaimana komitmen yang dinyatakan mereka sebelum ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tiada pengurangan pembayaran dividen Petronas kepada kerajaan untuk tahun ini.

“Saya fikir komitmen daripada Petronas masih pada tahap RM32 bilion. Kita berpandangan yang angka itu (RM32 bilion) akan dibayar untuk tahun ini seperti tahun sebelum.

“Namun, seperti mana perniagaan-perniagaan lain, jika ada kenaikan atau penurunan (keuntungan), apa sahaja kapasiti kewangan yang ada, kita tengok pada tahun depan kerana (dividen) ini berdasarkan prestasi tahun lalu,” katanya selepas majlis pelancaran Laporan Pasaran Harta 2024 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Institut Penilaian Negara (INSPEN) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai cadangan jumlah dividen untuk tahun depan, Amir Hamzah berkata, ia bergantung pada prestasi Petronas. 

“(Untuk bayaran dividen tahun depan) kita tengok bagaimana prestasi kewangan Petronas ,” katanya.

Semalam, Petronas mencatatkan keuntungan bersih RM55.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, merosot 32 peratus berbanding RM80.7 bilion sejajar dengan harga minyak yang rendah.

Pendapatannya dalam tempoh itu berjumlah RM320 bilion, susut tujuh peratus daripada tahun sebelumnya.

Dalam tempoh dikaji, Petronas mencatatkan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih rendah sebanyak RM114.1 bilion, sejajar dengan keuntungan yang lebih rendah.

Syarikat minyak dan gas negara itu masih belum mengemukakan maklumat terkini berhubung komitmennya terhadap pembayaran dividen tahun ini.

Bagi tahun kewangan 2024, Petronas membayar dividen sebanyak RM32 bilion kepada kerajaan, lebih rendah berbanding RM40 bilion yang disumbangkan tahun sebelumnya.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd., Sean Lim dalam nota penyelidikannya berkata, Petronas dijangka membayar dividen lebih rendah kepada kerajaan sekiranya purata harga minyak berada di bawah andaian yang ditetapkan sebelum ini iaitu AS$80 setong.

“Kami percaya jumlah terbabit masih munasabah tanpa menjejaskan kunci kira-kira syarikat secara signifikan, namun, tidak mengejutkan jika pembayaran dividen yang sedikit lebih rendah dibuat sekiranya harga minyak purata berada di bawah paras AS$80 setong tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Untung bersih UEM Edgenta RM51.75 juta
Ekonomi

Untung bersih UEM Edgenta RM51.75 juta

SYAHRUNIZAM SAMSUDINPETALING JAYA: Untung bersih UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) melonjak kepada...

Hasil Pos Malaysia RM459 juta pada suku keempat
Ekonomi

Hasil Pos Malaysia RM459 juta pada suku keempat

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatat hasil sebanyak RM459 juta...

Sunway Property sasar jualan RM3.6b pada 2025
Ekonomi

Sunway Property sasar jualan RM3.6b pada 2025

PETALING JAYA: Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group menyasarkan RM3.6 bilion dalam...

Jualan hartanah baharu Matrix Concepts naik kepada RM354.3 juta
Ekonomi

Jualan hartanah baharu Matrix Concepts naik kepada RM354.3 juta

MATRIX ConceptsPETALING JAYA: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) meneruskan...