Friday , 28 February 2025
Home Ekonomi Untung bersih Sime Darby Property melonjak kepada RM502.2j
Ekonomi

Untung bersih Sime Darby Property melonjak kepada RM502.2j

Untung bersih Sime Darby Property melonjak kepada RM502.2j

SIME Darby Property.

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mencatatkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 23 peratus kepada RM502.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM407.9 juta pada tahun sebelumnya. 

Menurut kenyataannya, prestasi kewangan yang kukuh didorong oleh momentum jualan yang berterusan dan kemajuan pembangunan yang lebih tinggi dalam segmen pembangunan hartanah (PD) serta peningkatan sumbangan hasil daripada segmen pelaburan dan pengurusan aset (IAM) dan leisure

Katanya, jualan mencapai paras tertinggi dalam sejarah sebanyak RM4.1 bilion, melebihi sasaran tahun kewangan 2024 sebanyak 17 peratus yang membuktikan keupayaan syarikat untuk menawarkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

Bagi tempoh yang sama, syarikat mencatatkan hasil sebanyak RM4.3 bilion, peningkatan 24 peratus tahun ke tahun dan keuntungan operasi (OP) melonjak 48 peratus kepada RM899.8 juta.

Sime Darby Property telah mengisytiharkan dividen keseluruhan sebanyak 3.0 sen sesaham bagi tahun kewangan 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmir Merican berkata, keputusan tahun kewangan 2024 mengukuhkan lagi kekuatan portfolionya yang pelbagai dan kejayaan pelaksanaan strategi SHIFT25. 

“Kami sekali lagi telah melangkaui jangkaan, merebut peluang pasaran secara strategik untuk mencapai satu lagi tahun dengan prestasi tertinggi dalam sejarah. 

“Kejayaan mencatatkan hasil, OP dan keuntungan sebelum cukai (PBT) tertinggi serta melepasi RM4.0 bilion dalam jualan buat pertama kali membuktikan keupayaan kami untuk memacu pertumbuhan mampan dan meningkatkan nilai bagi pemegang kepentingan kami,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai prospek 2025, beliau berkata, Sime Darby Property bersedia untuk meneruskan pertumbuhan, didorong oleh perkembangan ekonomi Malaysia dan momentum berterusan dalam sektor hartanah. 

Dengan sasaran jualan sebanyak RM3.6 bilion dan pelancaran yang dirancang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM4.0 bilion, syarikat kekal fokus dalam pelaksanaan strategi SHIFT25 dengan menawarkan produk bernilai tinggi di seluruh perbandarannya.

“Walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi global dan ketegangan perdagangan, kami berada dalam kedudukan kukuh untuk mengekalkan momentum dan merebut peluang baharu,” ujarnya.-UTUSAN

Related Articles

Untung bersih UEM Edgenta RM51.75 juta
Ekonomi

Untung bersih UEM Edgenta RM51.75 juta

SYAHRUNIZAM SAMSUDINPETALING JAYA: Untung bersih UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) melonjak kepada...

Hasil Pos Malaysia RM459 juta pada suku keempat
Ekonomi

Hasil Pos Malaysia RM459 juta pada suku keempat

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatat hasil sebanyak RM459 juta...

Sunway Property sasar jualan RM3.6b pada 2025
Ekonomi

Sunway Property sasar jualan RM3.6b pada 2025

PETALING JAYA: Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group menyasarkan RM3.6 bilion dalam...

Jualan hartanah baharu Matrix Concepts naik kepada RM354.3 juta
Ekonomi

Jualan hartanah baharu Matrix Concepts naik kepada RM354.3 juta

MATRIX ConceptsPETALING JAYA: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) meneruskan...