KUALA LUMPUR, 24 Feb (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Isnin, dipengaruhi penjualan berterusan berikutan prestasi bursa serantau yang tidak menentu susulanpenjualan yang dialamiWall Street.
Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut10.56 mata atau 0.66 peratus kepada 1,580.47 daripada 1,591.03 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Indeks penanda aras itu turun4.64 mata kepada 1,586.39 semasa dibuka hari ini.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugimengatasi kaunter untung sebanyak 633 berbanding 181, manakala 407 kaunter tidak berubah, 1,132 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan mencecah1.26 bilion saham bernilai RM738.99 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup rendah apabila Indeks Pengurus Pembelian (IPP) perkhidmatan yang dikeluarkan menunjukkan data yang lebih hambardaripada yang dijangkakan.
Kalangan pelabur akan memantau keyakinan pengguna, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) awal bagi suku ke suku,tuntutan pengangguran, dan indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) teras bulanan di Amerika Syarikat minggu ini.
“Kami mendapati terdapat peluang dagangan dalam kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian sertakaunter sarung tangan.
“Walaupun berlakupenjualan baru-baru ini namun kami tetap optimistikterhadap prospeknya, disokong oleh aktiviti pengisian semula stok yang positifdan tarif tambahan ke atas pengeluar sarung tangan China, yang akan mengalihkan dinamik pasaran ke arah pengeluar sarung tangan Malaysia,” katanya.