Thursday , 27 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 16.22 mata atau 1.02 peratus kepada 1,568.03 daripada 1,584.25 semasa ditutup pada Isnin.

Sentimen pasaran dibuka rendah 1.52 mata kepada 1,582.73 dan bergerak antara 1,564.32 dan 1,583.74 sepanjang hari dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 905 berbanding 217 manakala 390 kaunter tidak berubah, 838 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.14 bilion unit bernilai RM2.64 bilion daripada 2.69 bilion unit bernilai RM2.31 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penyusutan tertumpu terutamanya kepada pembuat cip dan saham teknologi, dengan sentimen pelabur berubah negatif menjelang pengumuman laporan pendapatan Nvidia.

Selain itu, usaha pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk melaksanakan kawalan yang lebih tegas ke atas industri cip China boleh menjejaskan saham teknologi China dan menambahkan ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

"Syarikat-syarikat terkemuka telah memberi amaran bahawa ketidaktentuan dasar perdagangan AS semakin bertambah di tengah-tengah kebimbangan tarif yang lebih tinggi dan tekanan inflasi," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 26 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran

Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 25 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala...

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari...