Thursday , 27 February 2025
Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40 berikutan peniaga dan pelabur memantau langkah seterusnya berhubung tarif Amerika Syarikat (AS).

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4060/4275 daripada 4.4080/4110 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penguatkuasaan tarif dilihat menjadi pendekatan bersasar berbanding menyeluruh, yang mungkin diterima oleh pasaran bagi mengekalkan sentimen risiko.

“Bagaimanapun, keadaan pasaran kekal berubah-ubahdan pendirian lebih tegas mengenai tarif oleh AS dapat mewujudkan perubahan dalam sentimen dengan cepat kepadapenghindaran risiko,”katanya kepada Livevartha.

Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada2.9387/9532 daripada 2.9471/9495, mengukuh berbanding pound kepada 5.5591/5862 daripada 5.5704/5742 dan naik berbanding euro kepada 4.6096/6321 daripada 4.6156/6188.

Ringgit turut positif berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2895/3061 daripada 3.2950/2975, naik berbanding baht Thailand kepada 13.1338/2046 daripada 13.1508/1672 semalam.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 26 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan...

Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran

Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 25 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala...

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari...