Home Nasional Penguatkuasaan undang-undang diperketat tangani isu lambakan e-waste
Nasional

Penguatkuasaan undang-undang diperketat tangani isu lambakan e-waste

Penguatkuasaan undang-undang diperketat tangani isu lambakan e-waste

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Februari– Penguatkuasaan undang-undang akan diperketat bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Ia susulan cabaran yang dihadapi dalam mengawal kemasukan bahan buangan berkenaan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, banyak sisa buangan dialihkan ke negara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina selepas China mengetatkan kemasukan e-waste ke negara itu.

\”Sebelum ini kita telah pun pinda Akta Kualiti Alam Sekeliling, yang mana denda-denda telah dinaikkan sehingga RM10 juta, ada penjara mandatori dan sebagainya, tetapi kita juga akui mungkin ada lagi dari segi perundangan yang perlu kita perbaiki,

\”… sebab kita pun sedang melihat pindaan fasa kedua untuk Akta Kualiti Alam Sekeliling dan tentang soal kelemahan dari segi penguatkuasaan dan sebagainya. Itu kita perlu tengok secara menyeluruh kerana dia melibatkan banyak agensi\”, katanyakepada pemberita selepas melancarkan Penguatkuasaan Akta A1667 / Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 dan Sistem iPayment di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.

Selain menandatangani Konvensyen Basel bagi menguruskan e-waste, Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan seperti Basel Action Network untuk memastikan tindakan dapat diambil terhadap pembuangan sisa yang tidak terkawal.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...