Wednesday , 26 February 2025
Home Nasional Henti stigma terhadap pesakit kusta
Nasional

Henti stigma terhadap pesakit kusta

Henti stigma terhadap pesakit kusta

Abd. Hamid ketika mencuba salah satu aktiviti Trak WoW, Basikal Just ketika sambutan Hari Kusta Sedunia 2025 Peringkat Daerah Klang di sini, Sabtu lalu / Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

KLANG, 26 Februari- Kusta bukan penyakit kutukan mahupun keturunan, sebaliknya masalah tersebut boleh dirawat dan disembuhkan sepenuhnya.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, adalah penting bagi mengenali simptom awal penyakit kusta supaya rawatan dapat dimulakan secepat mungkin.

Jelasnya, penyakit tersebut boleh sembuh sepenuhnya dengan rawatan antibiotik sesuai, yang dikenali sebagai Multi-Drug Therapy (MDT).

\”Walaupun Malaysia telah mencapai status eliminasi kusta sejak tahun 1994, saya difahamkan setiap tahun, kita masih mempunyai kes. Dan baru-baru ini, kita juga mempunyai kes dalam komuniti kita di Pandamaran Jaya.

\”Menerusi kerjasama erat antara PBT (pihak berkuasa tempatan), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), NGO (badan bukan kerajaan), kita dapat membantu mengenal pasti serta menyokong pesakit bagi memastikan persekitaran yang kondusif tanpa stigma untuk pemulihan mereka,\” ujarnya.

Abd. Hamid berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Kusta Sedunia 2025 Peringkat Daerah Klang di Dewan Pandamaran Jaya, di sini, Sabtu lalu.

Hadir sama, Pegawai Kesihatan Daerah, PKD Klang, Dr. Noriah Ismail; Ahli Majlis Zon N46A, MBDK, Chua Alan; dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pandamaran Jaya, Mohamad Zahiruddin Mohamad.

Sambutan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan awam serta menghapuskan diskriminasi terhadap pesakit kusta.

Penyakit kusta atau lepra, adalah jangkitan bakteria yang disebabkan oleh Mycobacterium leprae, di mana ia mempengaruhi kulit, saraf serta mata.

2602 KUSTA 1Abd, Hamid (dua dari kiri) dan Noriah ketika mengunjungi salah satu pameran semasa sambutan Hari Kusta Sedunia 2025 Peringkat Daerah Klang di sini, Sabtu lalu / Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Related Articles

ASEAN perlu bersatu hadapi persaingan kuasa besar – Anwar
Nasional

ASEAN perlu bersatu hadapi persaingan kuasa besar – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama di Forum Masa Depan...

Kemalangan maut libatkan lori, tuntutan insurans tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kemalangan maut libatkan lori, tuntutan insurans tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 26 Februari – Usaha mengurangkan kemalangan maut...

Kepentingan perluas kerjasama digital, AI, perikanan antara dibincang PM-To Lam
Nasional

Kepentingan perluas kerjasama digital, AI, perikanan antara dibincang PM-To Lam

Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimHANOI, 25 Februari– Kepentingan dalam memperluas kerjasama...

Platform digital eCLIPSE bakal ubah proses pelesenan penerbangan
Nasional

Platform digital eCLIPSE bakal ubah proses pelesenan penerbangan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) bercakap pada sidang media selepas merasmikan Platform...