Home Nasional Kemalangan maut libatkan lori, tuntutan insurans tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kemalangan maut libatkan lori, tuntutan insurans tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Kemalangan maut libatkan lori, tuntutan insurans tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Februari – Usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan lori, isu penyakit kerap dituntut dalam insurans perubatan dan trend kematian kanak-kanak di pusat asuhan antara tumpuan utama Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) akan mengemukakan soalan berkaitan tindakan tegas yang diambil Kementerian Pengangkutan dalam usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan kenderaan berat.

Soalan berhubung senarai 10 jenis penyakit paling kerap dituntut dalam insurans perubatan oleh rakyat Malaysia serta perbezaan caj hospital swasta pula akan diajukan oleh Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) kepada Menteri Kewangan.

Pada sesi sama, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) akan mengajukan soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan perubahan suhu Cameron Highlands dalam tempoh 10 tahun serta statistik jumlah kes kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Persoalan mengenai usaha Kementerian Pendidikan Tinggi meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti, terumatanya bagi memperoleh pekerjaan dalam bidang yang relevan dengan kelulusan mereka dijadualkan diajukan P. Prabakaran (PH-Batu).

Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai trend dan jumlah kes kematian kanak-kanak di pusat asuhan serta pandangan kementerian berhubung insiden bayi empat bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska, Januari lepas.

Usai sesi berkenaan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dijadualkan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) BERNAMA (Pindaan) 2024 dan RUU Majlis Media Malaysia 2024, diikuti RUU Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman (Pindaan) 2025 oleh Menteri Perpaduan Negara.-BERNAMA

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...