Home Nasional Platform digital eCLIPSE bakal ubah proses pelesenan penerbangan
Nasional

Platform digital eCLIPSE bakal ubah proses pelesenan penerbangan

Platform digital eCLIPSE bakal ubah proses pelesenan penerbangan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) bercakap pada sidang media selepas merasmikan Platform E-Lisensi CAAM Untuk Personel Penerbangan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Februari-Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) secara rasmi melancarkan platform inovatife-CAAM Licensing Professional Services (eCLIPSE) yang merevolusikan proses pelesenan bagi petugas penerbangan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen kukuh kerajaan terhadap pendigitalan dan inovasi sekali gus meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kebolehcapaian dalam proses berkaitan penerbangan.

\”Menerusi eCLIPSE, kita membawa peningkatan ketara kepada proses ini. Sebelum ini, petugas penerbangan mengambil masa hingga dua minggu untuk membaharui lesen mereka. Dengan sistem ini juga, tempoh pemprosesan dikurangkan separuh, menjadikan ia lebih mudah untuk juruterbang, jurutera dan pengawal trafik udara.

\”Ia langkah utama ke hadapan dalam memastikan pengalaman yang lebih lancar dan mesra pengguna sambil mengekalkan piawaian kawal selia tertinggi,\” katanya dalam ucapan sebelum melancarkan platform eCLIPSE di sini hari ini.

Loke berkata Malaysia sentiasa berusaha menjadi perintis dalam kemajuan penerbangan dan hari ini, negara dengan bangga menjadi yang pertama di Asia Tenggara melaksanakan proses pelesenan secara digital sepenuhnya untuk petugas penerbangan.

Beliau percaya inisiatif ini akan membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam inovasi kawal selia penerbangan sekali gus menjadi penanda aras bagi negara lain di rantau ini.

\”Saya juga gembira dimaklumkan bahawa eCLIPSE dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh CAAM, menunjukkan bukan sahaja kepakaran teknikal CAAM, tetapi juga dedikasi pihak berkuasa itu dalam memanfaatkan bakat dan sumber tempatan untuk mencipta penyelesaian bertarafdunia.

\”Dengan membangunkan platform ini secara dalaman, CAAM memastikan sistem ini disesuaikan dengan rangka kerja kawal selia tempatan sambil kekal beradaptasi terhadap kemajuan teknologi penerbangan pada masa depan,\” katanya.

Ciri-ciri utama platform eCLIPSE termasuk pendekatanMobile-Firstyang membolehkan petugas penerbangan menguruskan permohonan lesen mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja, proses pelesenan menyeluruh dan integrasi pembayaran dalam talian yang lancar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CAAMDatuk Kapten Norazman Mahmud menekankan impak positif eCLIPSE dalam industri penerbangan.

\”Dengan platform ini, kami memperkukuh komitmen terhadap pendigitalan, memastikan petugas penerbangan dapat mengurus keperluan pelesenan mereka dengan lebih mudah. Inisiatif ini sejajar dengan visi CAAM yang lebih luas dalam memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan piawaian penerbangan di Malaysia,\” katanya.

Norazman berkata pelancaran platform e-lesen ini selaras dengan agenda pendigitalan nasional Malaysia, mencerminkan kesediaan sektor penerbangan dalam menerima penyelesaian moden.- BERNAMA

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...