Home Ekonomi Malaysia catat jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah RM378.5b tahun lalu
Ekonomi

Malaysia catat jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah RM378.5b tahun lalu

Malaysia catat jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah RM378.5b tahun lalu

TENGKU Zafrul Abdul Aziz (dua dari kanan) melancarkan Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2024 di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM378.5 bilion tahun lalu, 14.9 peratus lebih tinggi berbanding RM329.5 bilion pada 2023.

Daripada jumlah tersebut, RM208.1 bilion atau 55 peratus adalah daripada pelaburan domestik dan RM170.4 bilion merupakan pelaburan asing.

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar sebanyak RM252.7 bilion atau 66.8 peratus daripda jumlah pelaburan yang diluluskan, diikuti sektor pembuatan yang merekodkan 120.5 bilion dan sektor utama RM5.3 bilion.

Negara yang menyumbang jumlah pelaburan tertinggi ialah Amerika Syarikat (RM32.8 bilion, Jerman (RM32.2 bilion), China (RM28.2 bilion), Singapura (RM27.3 bilion) dan Hong Kong (RM7.4 bilion).

Sementara itu, lima negeri yang merekodkan pelaburan diluluskan tertinggi termasuk Selangor (RM101.1 bilion), Kuala Lumpur (RM91.5 bilion), Johor (RM48.5 bilion), Kedah (RM45.8 bilion) dan Pulau Pinang (RM32 bilion).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, meskipun berdepan cabaran global, Malaysia telah mencapai jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah tahun lalu.

“Perkara yang lebih penting daripada angka ini ialah fokus kami bagi memastikan pelaburan diluluskan bakal mewujudkan lebih 207,000 pekerjaan dengan gaji lebih baik untuk rakyat Malaysia, dan menjana peluang sebenar untuk perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana.

“Setiap ringgit dilaburkan dalam industri yang inovatif, mampan dan bernilai tinggi mewujudkan kesan berganda yang mengukuhkan ekonomi kita.

“Setelah berbincang dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), kami menyasarkan pertumbuhan sebanyak lima peratus bagi pelaburan diluluskan tahun ini, selari dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya pada sidang media sempena pengumuman prestasi pelaburan negara bagi tahun 2024 di sini, hari ini.

Tengku Zafrul menegaskan bahawa Malaysia memiliki rekod baik dalam memastikan pelaburan diluluskan dapat dilaksanakan dengan baik, yang seterusnya memberikan impak ketara kepada ekonomi secepat mungkin.

“Dari tahun 2021 hingga 2024, kami mencapai 84.5 peratus kadar kejayaan dalam pelaksanaan projek pembuatan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...