Wednesday , 26 February 2025
Home Ekonomi Sime Darby perkukuh perkhidmatan selepas jualan, hadapi saingan pasaran
Ekonomi

Sime Darby perkukuh perkhidmatan selepas jualan, hadapi saingan pasaran

Sime Darby Berhad komited meningkatkan perkhidmatan selepas jualan serta memperkukuh kecekapan operasi / Foto Hiasan / Bernama

PETALING JAYA, 25 Februari – Sime Darby Berhad komited meningkatkan perkhidmatan selepas jualan serta memperkukuh kecekapan operasi dengan kos lebih efisien bagi memastikan pertumbuhan berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata langkah itu diambil bagi menghadapi persaingan pasaran yang semakin mencabar, khususnya di China yang memberi kesan kepada margin keuntungan syarikat.

“Persaingan di China berpunca daripada lebihan bekalan, dengan terlalu banyak kenderaan dihasilkan terutama oleh pengeluar peralatan asli negara itu. Kini, kita melihat lebihan kapasiti tersebut dieksport ke pasaran lain bersama dengan amalan diskaun agresif,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan Suku Kedua Tahun Kewangan 2025 di sini.

Mengulas dasar tarif import Amerika Syarikat, Jeffri menjangkakan tiada impak besar terhadap pasaran global kerana hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat dan Asia masih kukuh.

Bagaimanapun, pemain industri tetap mengambil langkah berhati-hati terhadap sebarang ketidaktentuan yang mungkin timbul.

Related Articles

Barisan pengurusan turut terlibat penyusunan semula Petronas
Ekonomi

Barisan pengurusan turut terlibat penyusunan semula Petronas

Tengku Muhammad Taufik (tengah) menunjukkan laporan Keputusan Kewangan Kumpulan Petronas pada sidang...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan ASEAN dalam kewangan mampan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 25...

Ekonomi

Ekonomi Malaysia kukuh, Indeks Pelopor naik 3.1 peratus

Ekonomi Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan Indeks Pelopor (IP) meningkat 3.1...

Johor tarik pelaburan langsung asing RM48.5 bilion
Ekonomi

Johor tarik pelaburan langsung asing RM48.5 bilion

ONN HAFIZ Ghazi (enam dari kiri) melakukan gimik perasmian kilang Hab Halal...