Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi, pelabur memantau perkembangan tarif AS
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi, pelabur memantau perkembangan tarif AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40 berikutan peniaga dan pelabur memantau langkah seterusnya berhubung tarif Amerika Syarikat (AS).

Pada 8.00 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4060/4275 daripada 4.4080/4110 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penguatkuasaan tarif dilihat menjadi pendekatan bersasar berbanding menyeluruh, yang mungkin diterima oleh pasaran bagi mengekalkan sentimen risiko.

“Bagaimanapun, keadaan pasaran kekal berubah-ubah dan pendirian lebih tegas mengenai tarif oleh AS dapat mewujudkan perubahan dalam sentimen dengan cepat kepada penghindaran risiko,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9387/9532 daripada 2.9471/9495, mengukuh berbanding pound kepada 5.5591/5862 daripada 5.5704/5742 dan naik berbanding euro kepada 4.6096/6321 daripada 4.6156/6188.

Ringgit turut positif berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2895/3061 daripada 3.2950/2975, naik berbanding baht Thailand kepada 13.1338/2046 daripada 13.1508/1672 semalam.

Mata wang tempatan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 270.6/272.1 daripada 270.7/271.1 semalam dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.66 daripada 7.62/7.63 sebelum ini. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...