Home Nasional Ahmad Zahid serah kepada SPR tentukan tarikh PRK Ayer Kuning
Nasional

Ahmad Zahid serah kepada SPR tentukan tarikh PRK Ayer Kuning

Ahmad Zahid serah kepada SPR tentukan tarikh PRK Ayer Kuning

Foto hiasan

TAWAU, 23 Februari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh sesuai bagi penamaan calon dan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO telah berbincang dengan Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung perkara itu.

\”Sekarang ini kita menghampiri bulan Ramadan tentunya kita mengharapkan tarikh yang akan dipilih SPR dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.

\”Kita serahkan kepada Pengerusi SPR secara keseluruhannya untuk menentukan tarikh-tarikh yang saya telah sebutkan tadi,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Merasmikan Ulang Tahun ke-34 UMNO Sabah di Tawau.

Perkara itu susulan kematian penyandangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown pada Sabtu.

Beliau bersama Majlis Tertinggi UMNO, rakan Barisan Nasional (BN) serta rakan kepimpinan turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...