Home Nasional Kerajaan Persekutuan, Sarawak perinci kerjasama Petros-Petronas
Nasional

Kerajaan Persekutuan, Sarawak perinci kerjasama Petros-Petronas

Kerajaan Persekutuan, Sarawak perinci kerjasama Petros-Petronas

Foto Hiasan / Fail

BANGI, 22 Februari – Kerajaan Persekutuan akan mengadakan rundingan bersama Kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan itu akan memberi tumpuan kepada aspek kerjasama dalam penerokaan projek baharu yang merangkumi pelbagai sektor.

\”Supaya projek-projek di Sarawak, terutama yang baharu, sama ada diterokai oleh Petronas atau Petros, dapat melibatkan kerjasama yang rapi dan sederap antara kedua-duanya.

\”Saya bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, akan berhubung dengan Kerajaan Sarawak dan, jika boleh, kita akan panggil perjumpaan untuk mendengar usul mereka,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Permukiman Jemaah Menteri, Kerajaan MADANI 2025, di sini.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...