Home Nasional Ketua Menteri Pulau Pinang zahir takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Nasional

Ketua Menteri Pulau Pinang zahir takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin

Ketua Menteri Pulau Pinang zahir takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tengah) / Foto Bernama

GEORGE TOWN, 22 Februari – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pukul 6.28 petang tadi.

Allahyarham rebah ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Chow, yang baru tiba dari lawatan kerja di Jepun kira-kira pukul 8.15 malam, terus bergegas ke HPP bagi menziarahi keluarga Allahyarham.

\”Saya, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan secara peribadi, mengucapkan takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin, ADUN Ayer Kuning, Negeri Perak, yang meninggal dunia petang tadi semasa perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, George Town.

\”Ini adalah berita mengejutkan, namun hakikat yang perlu diterima. Keluarga telah bersedia dan jenazah akan dihantar pulang ke Ipoh, Perak, malam ini selepas semua proses selesai,\”* katanya.

Sementara itu, anak Allahyarham, Muhammad Iszul Imadi Isham, 32, menyifatkan pemergian bapanya sebagai mengejutkan kerana beliau seorang yang aktif bersukan dan tidak mempunyai masalah kesihatan.

\”Dia memang suka bermain bola dan setiap hari berjoging. Dia sihat sahaja… jadi pemergiannya amat mengejutkan.

\”Pagi tadi pun dia seperti biasa, tiada menunjukkan sebarang tanda masalah kesihatan. Berita pemergiannya diterima ibu saya daripada pihak hospital sekitar pukul 5 petang,\” katanya dengan nada sebak.

Hasil bedah siasat yang dijalankan kira-kira pukul 9.00 malam tadi mendapati punca kematian Allahyarham adalah serangan sakit jantung.

Van yang membawa jenazah bergerak ke Ipoh lebih kurang pukul 10.45 malam dan akan dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada pukul 11 pagi esok.

BERITA BERKAITAN:

  • ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas pengsan di padang

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...