Home Nasional Program Perkelahan Astronomi tarik lebih 1,500 pengunjung
Nasional

Program Perkelahan Astronomi tarik lebih 1,500 pengunjung

Program Perkelahan Astronomi tarik lebih 1,500 pengunjung

FOTO FACEBOOK Planetarium Negara

PUTRAJAYA, 23 Februari-Program Perkelahan Astronomi yang dianjurkan Planetarium Negara dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan GOLA Adventures Sdn. Bhd. sempena fenomena \’Planetary Alignment\’ atau penjajaran planet berjaya menarik lebih 1,500 pengunjung semalam.

Fenomena menarik itu melibatkan tujuh planet yang berbaris merentasi langit dari barat ke timur bermula awal Januari dan dijangka dapat dilihat sehingga hujung Mac ini.

Program tersebut berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 3.00 pagi dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran astrofotografi, sesi perkongsian astronomi serta pencerapan matahari dan planet.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata kementerian berharap Putrajaya dapat dikenali sebagai antara destinasi utama pelancongan astronomi di Malaysia.

\”Kementerian ini juga mengharapkan agar Putrajaya akan dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan astronomi dan menjadi harapan kami, agar pelancongan astronomi atau \’astro-tourism\’ bakal menjadi satu lagi produk tarikan pelancongan ke Putrajaya,\” katanya.

Selain aktiviti berkelah, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif dan melihat pameran dengan sokongan balai cerap serta penggiat astronomi seluruh negara.

Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama kerajaan-swasta dalam memajukan sektor pelancongan astronomi di Malaysia, selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi 2021-2030 bagi memperkasa bidang Sains Angkasa dan Astronomi serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bidang tersebut.

2302 ASTRONOMI PIKNIK 1
Dr Aminuddin Hassim/RTM

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...