KUALA LUMPUR, 23 Februari- Peranan, tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh anggota Jemaah Menteri akan memberi kesan dan membentuk masa depan 34 juta rakyat negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar juga menegaskan kepentingan Jemaah Menteri untuk berperanan sebagai sebuah pasukan yang memerlukan semangat kebersamaan dan kesatuan yang kukuh.
\”Jika masih berlaku keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, khianat, dan sebagainya, agak sukar untuk Kerajaan MADANI ini membuat perubahan dan terus mengejar impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
\”Saya maklumkan bahawa permukiman ini (Permukiman Kerajaan MADANI Tahun 2025) bukan sekadar memberi peluang kepada menteri untuk mengemukakan pandangan, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik serta penjawat awam.
\”Saya percaya, kritikan yang ada perlu diterima dengan hati terbuka, sekali gus memberi ruang untuk memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, justeru ia membawa kepada keperluan kesatuan dan kebersamaan untuk berfungsi sebagai sebuah Kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat,\” katanya menerusi perkongsian di Facebook miliknya.