Home Ekonomi Malaysia terajui ACSS15, perkukuh kerjasama statistik ASEAN
Ekonomi

Malaysia terajui ACSS15, perkukuh kerjasama statistik ASEAN

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin / Foto DOSM

KUALA LUMPUR, 22 Februari – Malaysia komited sebagai Pengerusi Sistem Statistik Komuniti ASEAN Ke-15 (ACSS15) tahun ini dalam menyokong pembangunan mampan ASEAN melalui pengukuhan keupayaan statistik dan kerjasama serantau.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata keupayaan statistik yang kukuh serta kerjasama dalam kalangan negara anggota adalah penting bagi memastikan ASEAN kekal berdaya saing dan responsif terhadap cabaran global.

“Menerusi Rangka Kerja ASEAN-Help-ASEAN, Malaysia komited untuk meningkatkan keupayaan statistik serantau, merapatkan jurang kapasiti, serta memperkukuh tadbir urus data bagi menyokong aspirasi ekonomi, sosial, dan politik ASEAN,” katanya menerusi kenyataan.

Dr. Mohd Uzir berkata demikian bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perancangan dan Penyelarasan ACSS Ke-29 (SCPC29) yang berlangsung pada 19 hingga 20 Februari 2025 di Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu menghimpunkan wakil daripada Negara Anggota ASEAN (AMS) dan Sekretariat ASEAN bagi membincangkan keutamaan statistik utama serta usaha kolaboratif dalam memperkukuh pembuatan keputusan berasaskan data di seluruh rantau ini.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...