Home Ekonomi Perancangan kewangan bijak penting untuk kestabilan jangka panjang
Ekonomi

Perancangan kewangan bijak penting untuk kestabilan jangka panjang

Perancangan kewangan bijak penting untuk kestabilan jangka panjang

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 22 Februari – Kebijaksanaan dalam merancang dan mengurus kewangan peribadi menjadi faktor utama dalam memastikan kestabilan kewangan jangka panjang, terutama bagi golongan muda.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Azirruan Arifin berkata kelemahan dalam pengurusan kewangan serta kurangnya kesedaran mengenai perancangan kewangan peribadi sering menjadi punca individu terjerumus dalam masalah kewangan.

\”Apabila kita berbincang mengenai kewangan, pasti terlintas jumlah pendapatan, perbelanjaan bulanan dan simpanan. Ini memerlukan kebijaksanaan dalam mengurus kewangan, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga keluarga,\” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program My Money & Me 2025 di ibu negara.

Program tersebut bertujuan membantu masyarakat dalam perancangan kewangan peribadi merangkumi aspek pengurusan kewangan, perlindungan aset, pengumpulan aset dan pengagihan aset.

Inisiatif tersebut diadakan sempena Minggu Kewangan Global 2025 dan akan menjelajah ke tujuh negeri menerusi siri bengkel jelajah bagi memperkasakan literasi kewangan rakyat.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...