Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Feb(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata ini disebabkan anggaran eksport lemah dan aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan harga baru-baru ini.
“Kami melihat paras sokongan padaRM4,550 setan metrik dan paras rintangan padaRM4,750 setan metrik,” katanya.
Sementara itu, ketua penyelidik komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM yang rendah itu adalah disebabkan jualan minyak soya di Chicago Board of Trade (CBOT) dan minyak kacang soya mentah Amerika Selatan (CDSBO) semalaman.
“Pasaran susut daripada kenaikan pada Rabu apabila niaga hadapan MSM meningkat di tengah-tengah khabar angin dalam pasaran bahawa Indonesia mungkin akan melarang atau mengehadkan eksport minyak sawit menjelang Ramadan,” katanya.
Pada penutup dagangan, kontrak Mac2025 berkurangan sebanyakRM32 kepadaRM4,816 setan metrik, April 2025 turunRM21 kepadaRM4,736 setan metrik dan Mei2025 susut sebanyakRM30 kepada RM4,642 setan metrik.
Kontrak Jun2025 turunRM34 kepadaRM4,530 setan metrik manakala Julai2025 susut RM36 kepadaRM4,427 setan metrik dan Ogos2025 berkurangan RM37 kepadaRM4,357 setan metrik.
Jumlah dagangan turun kepada69,725 lot daripada112,708 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada239,575 kontrak daripada242,406 sebelumnya.