Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki pasaran global selepas harga logam berharga itu mencecah paras tertinggi baharu US$2,955 setiap auns troy, semalam.

Bagaimanapun di sebalik aliran penyusutan itu, harga emas global dijangka mencecah paras tertinggi bagi minggu kelapan berturut-turut, disokong oleh permintaan berterusan terhadapnya berikutan kebimbangan berkaitan perang perdagangan.

Di peringkat tempatan, kontrak bulan semasa Februari2025 turun kepada US$2,926.40 setiap auns troy daripada US$2,954.30 semalam manakala Mac 2025 berkurangan kepada US$2,933.30 daripada US$2,961.20 setiap auns troy.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 susut kepada US$2,943.50 setiap auns troy daripada US$2,971.40 setiap auns troy, semalam.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada62lot daripada 54lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurngan sedikit kepada 106 kontrak daripada109 kontrak.

Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 20 Feb, 2025, harga empas fizikal berada padaUS$2,932.05 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...