Home Nasional Abdul Hanis dan Husna johan tilawah al- Quran Negeri Sembilan
Nasional

Abdul Hanis dan Husna johan tilawah al- Quran Negeri Sembilan

Abdul Hanis dan Husna johan tilawah al- Quran Negeri Sembilan

Johan Qari Abdul Hanis Mohd Daud (gambar kiri) dan Johan Qariah Husna Saifulzaman

SEREMBAN, 22 Februari-Abdul Hanis Mohd Daud dinobatkan sebagai Johan Qari manakala Husna Saifulzaman dinobatkan Johan Qariah pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 1446 Hijrah/ 2025 Masihi yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini malam tadi.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian HadiahTilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan.

Turut berangkat anakanda baginda Tunku Zain Al-‘Abidin dan keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pada majlis itu baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,00, hadiah khas bernilai RM12,000 serta hadiah iringan.

Johan Qari Negeri Sembilan Abdul Hanis Mohd Daud berkata, dia bersedia untuk bertanding pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Perlis.

\”Insya-Allah untuk persediaan untuk ke Perlis peringkat kebangsaan akan diteruskan termasuk latihanmenjaga suara dan persediaan-persediaan lain bersama mentor-mentor,\” katanya.

Sementara itu Johan Qariah Negeri Sembilan Husna Saifulzaman berkata, dia akan mempertingkatkan latihan pernafasan sebelum ke pertandingan itu.

\”Untuk persediaan ke Perlis ini saya rasa mungkin kena mempertingkatkan lagi latihan pernafasan selain berusaha untuk mengemaskan lagi susunan lagusupaya dapat mencapai markah yang pebih baik daripada di peringkat negeri,\” katanya.

Kedua-dua mereka akan mewakili Negeri Sembilan ke Majlis Tilawahdan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan April di Perlis.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...