Home Nasional Malaysia, Perancis senada tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang
Nasional

Malaysia, Perancis senada tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang

Malaysia, Perancis senada tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron senada untuk mempertingkat kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi dan tenaga selain perdagangan, pelaburan, pelancongan dan juga kecerdasan buatan (AI).

Beliau menerusi hantaran di Facebook memaklumkan panggilan telefon tersebut turut menyatakan kesediaan kerajaan menerima kehadiran Macron dan delegasi ke Malaysia pada Mei depan dalam usaha meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Selain itu kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai Gaza dan isu berkaitan Myanmar.

\”Saya turut menyatakan penghargaan kepada Macron di atas sokongan diberikan terhadap pembangunan semula Gaza ekoran kekejaman rejim zionis Israel sebelum ini.

\”Kami juga sepakat untuk mencari jalan penyelesaian dalam isu berkaitan Myanmar dalam mewujudkan keamanan di negara itu menggunakan pendekatan diplomatik yang bersesuaian,\” menurut hantaran itu.

Perkara yang dibincangkan itu merupakan perkembangan hasil pertemuan kedua-dua pemimpin ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil, pada 19 November lalu.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...