Home Ekonomi UM, Basis Bay jalin kerjasama tawar Sijil Asasi Pusat Data
Ekonomi

UM, Basis Bay jalin kerjasama tawar Sijil Asasi Pusat Data

Foto RTM

PETALING JAYA, 21 Februari – Universiti Malaya (UM) dan syarikat teknologi Basis Bay menjalin kerjasama strategik bagi menawarkan Sijil Asasi Pusat Data sebagai langkah menyokong permintaan industri pusat data yang semakin berkembang pesat.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UM, Professor Ir Dr Kaharudin Dimyati berkata kolaborasi itu menjadi kunci utama dalam menyediakan program latihan praktikal, kursus teknologi maklumat serta pensijilan yang relevan dengan keperluan industri.

\”Saya percaya kerjasama antara universiti dan industri ini akan mewujudkan platform serta peluang besar bagi menubuhkan pengendali pusat data pertama di Malaysia. Memupuk perkongsian strategik dengan industri adalah keutamaan kami,\” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UM dan Basis Bay, di sini.

Program tersebut akan menyediakan latihan komprehensif merangkumi pengurusan pusat data, operasi, reka bentuk infrastruktur, keselamatan, kemampanan, serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Ia dijangka mula dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...