Sunday , 23 February 2025
Home Nasional Melaka berhasrat jadi tuan rumah pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Nasional

Melaka berhasrat jadi tuan rumah pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026

Melaka berhasrat jadi tuan rumah pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

BANDA HILIR, 21 Februari- Kerajaan Negeri Melaka menyatakan hasrat untukmenjadi tuan rumah pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan dua program pelancongan dunia, Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) yang akan diadakan di Melaka tahun ini, dapat membantu mempromosikan TMM2026.

Justeru kedua-dua program berkenaan dijangka akan dihadiri kira-kira 155 menteri pelancongan seluruh dunia yang akan berada di Melaka sekali gus dapat melonjakkan nama Malaysia dan pelancongan negara.

\”Kita berhasrat untuk menjadi tuan rumah memohon kepada kerajaan persekutuan supaya pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 ini dapat diadakan di Melaka kerana Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) yang akan diadakan di Melaka tahun ini.

\”Ia memandangkan dua program besar berkenaan akan dihadiri oleh menteri-menteri pelancongan dunia. Kita sudah memohon kepada pihak kerajaan pusat untuk dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka sewaktu persidangan berkenaan,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Rapat Umum Bahtera Merdeka sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, di sini.

Pada masa sama imej Melaka sebagai negeri pelancongan dapat membantu memeriahkan lagi promosi TMM2026.

Sementara itu, sempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 20 Februari, seramai 75,000 pengunjung hadir di 13 tempat pelancongan di negeri Melaka.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...