Home Nasional Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI
Nasional

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI

Pelancaran Program Penternakan Lembut Fidlot di Kampung Titi Tinggi Hulu

TITI TINGGI, 21 Februari- Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu menyahut seruan kerajaan untuk memanfaatkan dana Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) sebanyak RM80,000 dengan memulakan projek ternakan lembu fidlot.

Projek yang dimulakan sejak sebulan lalu menjadikan 17 ekor lembu pedaging sebagai perintis menjana pendapatan yang mampu meningkatkan ekonomi setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Padang Besar Ruzaini Rais berkata, projek yang diusahakan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Tinggi Hulu dan penduduk setempat akan mula menuai pulangan hasil apabila lembu berkenaan dijual pada sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.

\”Ia dijangka menjana pendapatan mencecah hingga RM2,000 setiap bulan selain memperluas projek itu untuk manfaat kepada penduduk Kampung Titi Tinggi Hulu.

\”Melihat kepada prospek pemasaran bekalan daging lembu tempatan, harapan lebih cerah untuk memohon peruntukan tambahan bagi meningkatkan jumlah ternakan selain menjamin bekalan daging lembu tempatan sentiasa ada di pasaran,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Program Penternakan Lembut Fidlot di Kampung Titi Tinggi Hulu di sini.

Menerusi projek itu ia dapat mengukuhkan kerjasama antara penduduk selain dapat bersama-sama berkongsi idea bagi memajukan projek penternakan lembu fidlot.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...