Home Ekonomi Malaysia-Bahrain perkukuh kerjasama fintech, perjanjian dimeterai sebelum Mei
Ekonomi

Malaysia-Bahrain perkukuh kerjasama fintech, perjanjian dimeterai sebelum Mei

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

MANAMA, 20 Februari – Malaysia dan Bahrain bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam teknologi kewangan (fintech), dengan perjanjian dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tumpuan dalam sektor fintech dipersetujui kedua-dua negara dan perlu dibangunkan dengan instrumen kewangan yang lebih maju.

“Selama ini, kita hanya menciplak cadangan instrumen daripada bank konvensional. Namun, kita perlu bergerak ke hadapan dengan melakukan penyelidikan teliti, memahami keperluan peraturan Syariah dan Maqasid Syariah, serta memastikan institusi kewangan kita lebih kukuh,” katanya pada sidang media sebelum mengakhiri lawatan rasmi ke Bahrain, hari ini.

Selain itu, perbincangan turut menumpukan kepada bidang pendidikan, yang dianggap sebagai prasyarat penting dalam meningkatkan keupayaan negara dalam sektor fintech.

Lawatan sulung Datuk Seri Anwar ke Bahrain adalah atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...