Sunday , 23 February 2025
Home Nasional MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar bawah 30%
Nasional

MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar bawah 30%

MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar bawah 30%

Asyraf Wajdi Dusuki / Foto RTM

SABAK BERNAM,19 Februari- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata untuk mencapai matlamat itu; satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada individu yang culas menjelaskan hutang kepada agensi tersebut.

\”Kami akan memiliki rancangan yang jelas, dan saya telah memberi amanah kepada ahli Majlis MARA, salah seorangnya adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, untuk mengetuai Jawatankuasa Pelaburan serta memantau tata kelola dan disiplin kewangan MARA itu sendiri.

\”Oleh itu, tidak mustahil jika selepas ini disiplin kita setaraf dengan institusi kewangan lain.

\”Ini bukan bertujuan untuk menyulitkan sesiapa, tetapi janganlah kerana atas nama mengangkat martabat bangsa, kita mengabaikan tanggungjawab dan terlibat dalam penyelewengan serta penyimpangan daripada agenda itu sendiri,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar sempena sesi pendaftaran pelajar sesi 2025 di Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata MARA kini sedang dalam perbincangan dengan Universiti Al-Azhar, Mesir untuk memberikan diskaun pengajian kepada pelajar di bawah seliaan MARA yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di universiti tersebut.

Jika perkara itu dapat dicapai, ia akan dapat memberikan penjimatan daripada segi tajaan pelajar.

\”Kami akan menyiapkan kertas cadangan tersebut dan saya telah pun bertemu dengan pihak Universiti Al-Azhar.

\”Secara prinsipnya, mereka amat positif dan bersetuju untuk memberikan diskaun lebih lagi.

\”Ini bermakna, jumlah RM250,000 itu akan mendapat diskaun, dan kini kami menantikan keputusan rasmi daripada mereka.

\”Jika mereka memberikan diskaun, maka ada alasan yang kukuh untuk kami menghantar pelajar-pelajar, terutamanya daripada peringkat MRSM yang sudah mempunyai MRSM Ulul Albab, yang memang fokus dalam bidang sains,\” katanya lagi.

Related Articles

Lebih 200 penduduk gotong-royong bersih kubur Kampung Bangsal Lebah
Nasional

Lebih 200 penduduk gotong-royong bersih kubur Kampung Bangsal Lebah

Penduduk bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bangsal Lebah/ Foto RTMKAYANG, 23...

Program Perkelahan Astronomi tarik lebih 1,500 pengunjung
Nasional

Program Perkelahan Astronomi tarik lebih 1,500 pengunjung

FOTO FACEBOOK Planetarium Negara PUTRAJAYA, 23 Februari-Program Perkelahan Astronomi yang dianjurkan Planetarium...

Ahli parti PKR diingatkan jangan sambil lewa – Wan Azizah
Nasional

Ahli parti PKR diingatkan jangan sambil lewa – Wan Azizah

Dr Wan Azizah Wan Ismail/RTMKUALA LUMPUR, 23 Februari- Ahli Parlimen Bandar Tun...

Anwar tekankan kepentingan semangat pasukan dalam Jemaah Menteri
Nasional

Anwar tekankan kepentingan semangat pasukan dalam Jemaah Menteri

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 23 Februari- Peranan, tugas dan tanggungjawab yang...