Home Ekonomi Sun Life lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO Unit Takaful
Ekonomi

Sun Life lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO Unit Takaful

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT), Noor Azam Mohd Yusof

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.

Beliau menggantikan Jeffry Azmi yang telah bersara.

Dalam satu kenyataan hari ini, penyedia takaful keluarga dan insurans nyawa itu berkata berbekalkan pengalaman cemerlang lebih 25 tahun dalam sektor takaful dan konvensional, Azam Yusof membawa pengetahuan luasnya ke Sun Life.

“Kepakarannya termasuk pemasaran dan jualan, bancassurance dan bancatakaful, pengurusan saluran agensi, pembangunan perniagaan dan transformasi perniagaan strategik.

“Sebagai CEO SLMT, Azam Yusof akan bertanggungjawab menyelia semua aspek perniagaan, termasuk pematuhan syariah dan tadbir urus,” katanya.

Katanya, CEO baharu itu akan menerajui pelaksanaan strategi perniagaan SLMT, yang direka untuk mencapai pertumbuhan berterusan dan meningkatkan kedudukannya sebagai peneraju utama bancatakaful di pasaran Malaysia.

“Azam Yusof menyertai Sun Life daripada pengendali Takaful keluarga terkemuka, selepas berkhidmat sebagai CEO sejak 2017.

“Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Pemasaran) dari Universiti Illinois Utara dan Ijazah Sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Teknologi MARA,” katanya.- Livevartha

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...