Home Ekonomi Pengecualian cukai kompleks logistik pintar perkukuh industri
Ekonomi

Pengecualian cukai kompleks logistik pintar perkukuh industri

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto Bernama

SUBANG JAYA, 19 Februari – Pengecualian cukai pendapatan bagi kompleks logistik pintar perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh sektor berkenaan bagi memperkukuh perkhidmatan logistik negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata insentif tersebut dapat mendorong operasi penyimpanan dan logistik yang lebih pintar serta cekap, selain menggalakkan penerapan teknologi Industri 4.0 yang mampu meningkatkan daya saing Malaysia dalam sektor berkenaan.

\”Inisiatif ini direka untuk mendorong operasi yang lebih pintar dan cekap dalam penyimpanan dan logistik. Dengan mengintegrasikan automasi, analisis data, dan teknologi Internet of Things, kita bukan sahaja mengoptimumkan prestasi rantaian bekalan tetapi juga mengutamakan dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi logistik pintar,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ninja Cold oleh Ninja Van Malaysia, di sini.

Tambah Loke, sektor logistik perlu bersedia menghadapi cabaran baharu, terutamanya dalam bidang kritikal seperti farmaseutikal, keselamatan makanan dan kelestarian.

Di bawah Belanjawan 2025, pengecualian cukai pendapatan sebanyak 60 peratus diperuntukkan ke atas perbelanjaan modal bagi tempoh lima tahun kepada syarikat yang memiliki kompleks logistik pintar.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...