Home Nasional Kerajaan komited jamin kestabilan bekalan & harga beras tempatan
Nasional

Kerajaan komited jamin kestabilan bekalan & harga beras tempatan

Kerajaan komited jamin kestabilan bekalan & harga beras tempatan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 18 Februari– Kerajaan akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam memastikan kestabilan bekalan dan harga beras tempatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, meskipun pelbagai cabaran yang dihadapi, namun pihaknya akan sentiasa mencari jalan terbaik demi keselesaan rakyat.

\”Saya nak sebut hal makanan ini betul-betul bila tarikh, tidak boleh sebab ia bergantung kepada pengaruh suasana dalam dan luar negara, cuaca dan sebagainya. Kita tidak boleh kata tahun 2026 harga beras akan stabil… tidak boleh.

\”… Sebab pihak kerajaan hanya berusaha mencari jalan yang terbaik untuk kita meletakkan semua pihak \’win win\’ sebab kita kata beras tidak akan naik pada 1 Januari tahun depan, tidak tahu masa itu tidak akan berlakunya perubahan iklim, malapetaka dan sebagainya. Kerajaan ini akan mencari jalan yang terbaik untuk menjaga kepentingan rakyat yang ramai, itu yang kita usahakan\”, katanya.

Sementara itu, kerajaan turut meneruskan usaha bagi memastikan keberadaan beras tempatan di pasaran menerusi penyelarasan harga lantai belian padi.

Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan tersebut turut menjamin bekalan beras tempatan mencukupi, terutama dengan memberikan subsidi kepada pengilang.

\”Insya-Allah akan ada beras tempatan kerana kerajaan memberi subsidi kepada pengilang terutama sekali supaya dapat mengeluarkan beras tempatan dengan harga RM2.60 sekilogram atau RM26 untuk 10 kilogram, sebanyak target kita 24 juta kampit dalam masa enam bulan ini\”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...