Home Nasional Kehendak politik dan ketelusan pentadbiran pacu CPI 2033
Nasional

Kehendak politik dan ketelusan pentadbiran pacu CPI 2033

Kehendak politik dan ketelusan pentadbiran pacu CPI 2033

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR, 17 Februari- Kehendak politik (political will) dan komitmen berterusan daripada penggubal dasar amat penting bagi meletakkan Malaysia pada kedudukan 25 terbaik dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2033.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berpandangan iltizam yang jelas perlu diterapkan dan disokong oleh barisan kepimpinan dalam perkhidmatan awam.

Jelasnya, keterbukaan dan ketelusan dalam pentadbiran perlu ditingkatkan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar ke arah pembentukan negara berintegriti.

\”Di peringkat kepimpinan tertinggi, mesti ada \”political will\” sebagai pembuat polisi dan juga sebagai pembuat undang-undang. Itu yang sebenarnya sebagai panduan automatik dan juga memandu mana-mana pihak dalam melaksanakan misi masing-masing.

Tetapi mesti disambut oleh ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi dan sebagainya. Keterbukaan, baik di peringkat kerajaan yang memerintah dan juga di peringkat kita, peringkat pentadbir-pentadbir di jabatan-jabatan.

Tan Sri Azam berkata demikian menerusi rancangan Bicara Naratif: Reformasi Perkhidmatan Awam dan Kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Angkasapuri Kota Media.

Sementara itu, sektor perkhidmatan awam akan diperkemas selaras memenuhi keperluan rakyat.

Jelas Tan Sri Azam Baki, ia termasuk menambah baik sistem undang-undang dan penekanan penerapan integriti dalam perkhidmatan kerajaan.

Komitmen berterusan meliputi kerajaan dan penjawat awam di peringkat negeri dan persekutuan amat penting bagi menjayakan hasrat tersebut.

Ini sekali gus, menangkis persepsi negatif terhadap pentadbiran awam.

\”Komitmen bersama untuk meningkatkan tadbir urus, mempromosi integriti dan sebagainya. Ini supaya kita beri khidmat yang terbaik kepada masyarakat dan berdasarkan CPI ini, terutama sekali ialah untuk mengurangkan persepsi negatif.

Tentang perkhidmatan kaunter, kerana apa? Ini kerana ia adalah \”firstliner\” atau perkhidmatan yang paling depan yang berurusan dengan pihak luar. Contohnya, di pintu masuk negara, KLIA dan di pelbagai negeri merangkumi Sabah, Sarawak dan semua lokasi berkaitan,\” tambahnya.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...