Home Nasional Lima sekeluarga rentung di Melaka, jenazah dikebumi dalam satu liang lahad
Nasional

Lima sekeluarga rentung di Melaka, jenazah dikebumi dalam satu liang lahad

Lima sekeluarga rentung di Melaka, jenazah dikebumi dalam satu liang lahad

Jenazah lima sekeluarga itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Haji Johari Bakar, Umbai

JASIN, 17 Februari– Jenazah lima sekeluarga yang rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, selamat dikebumikan pada pukul 10.45 malam tadi di Tanah Perkuburan Wakaf Haji Johari Bakar, Umbai.

Jenazah, Laila Fathinah Mustapa, 37 tahun, dan empat anaknya, Nur Damja Batrisyia (13), Izz Daffa Hafizuddin (7), Nur Dalilah Khadijah (6) dan Izz Danish Fathu (4), sebelum itu dituntut suami, Muhammad Khairuddin Saari, 35 tahun pada pukul 7.05 petang tadi di Hospital Jasin.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, mengetuai solat jenazah dan bacaan talkin.

Kelima lima jenazah disemadikan di dalam satu liang lahad dan urusan pengebumian turut dibantu anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Jasin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan.

Sementara itu, suasana sayu dan hiba melanda sepanjang pengebumian itu.

Malah suami kepada Allahyarhamah Laila, Muhammad Khairuddin, berulang kali menyatakan rasa sayang kepada isteri dan anak-anaknya.

Lebih 1,000 orang hadir pada majlis pengebumian termasuk keluarga dan penduduk setempat.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...