PUTATAN, 16 Februari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan melakukan pemantauan di bazar Ramadan seluruh negara bagi memastikan tiada sebarang elemen pencatutan dilakukan peniaga.
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata ia antara lokasi tumpuan anggota penguat kuasa kementerian itu selain meneruskan rutin pemeriksaan seperti di pasar raya, pasar basah dan pasar mini.
\”Kita akan terus memantau dan penguat kuasa kita akan turun padang ke semua tempat termasuk bazar Ramadan untuk memastikan tiada elemen pencatutan berlaku.
\”Selama ini penguat kuasa KPDN melakukan pememeriksaan di pasar-pasar, pasar raya, pasar mini dan sebagainya. Cuma semasa Ramadan mereka akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan tambahan di bazar Ramadan,\” katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Fuziah berkata, hasil tinjauannya ke premis pembungkusan minyak masak di sekitar Kota Kinabalu pula mendapati semua proses terbabit berjalan lancar.