Home Nasional Kepelbagaian di Malaysia mencerminkan keutuhan perpaduan
Nasional

Kepelbagaian di Malaysia mencerminkan keutuhan perpaduan

Kepelbagaian di Malaysia mencerminkan keutuhan perpaduan

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya di Malaysia mencerminkan keutuhan perpaduan dalam kalangan rakyat negara iniseiring konsep Malaysia MADANI.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, silang budaya dalam kalangan masyarakat terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam negara.

\”Tidak ada negara di dunia ini boleh menyambut pelbagai perayaah malah ia turut meliputi budaya-budaya yang baik antara kita.

\”Kebiasaannya Tahun Baharu Cina disambut hingga Cap Goh Mei, tetapi di Malaysia kita sambut selama sebulan. Di kebanyakan negara Islam pula selalunya Hari Raya Aidilfitri disambut sehari, tetapi berbeza di Malaysia. Begitu juga dengan sambutan Deepavali, saya menerima undangan ke majlis keraian selepas sebulan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Makara Sankranthi Charity Geethanjali (Pongal) di Auditorium Tan Sri Roma, Wisma Tun Sambathan di ibu negara.

Dalam program itu beliau turut menyampaikan angpau kepada anak yatim, pesakit strok dan kanser.

Selain itu seorang orang kurang upaya (OKU) buta turut mendapat satu komputer riba untuk kemudahan berkomunikasi.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Yayasan Telegu Datuk Dr .R Kantharao, orang kenamaan, artis budaya dan 300 tetamu.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...