Home Pasaran Prestasi Kukuh KDNK 2024 Pacu Ringgit Ditutup Tinggi
Pasaran

Prestasi Kukuh KDNK 2024 Pacu Ringgit Ditutup Tinggi

Prestasi Kukuh KDNK 2024 Pacu Ringgit Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb(Livevartha) –Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024, meningkat daripada 3.6 peratus pada 2023, disokong oleh pengembangan berterusanpermintaan dalam negeri dan pemulihaneksport.

Pada 6 petang, ringgit meningkat 225 mata peratusankepada 4.4310/4385 berbanding dolar AS daripada paras4.4535/4600 pada Khamis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perkembangan terkini initelah meningkatkan sentimen positif terhadapmata wang tempatan.

“Ia akan mendorong BNM untuk mengekalkan kadar dasar semalaman kerana bank pusat perlu memastikan bahawa inflasi berada dalam lingkungan 2.0 peratus hingga 3.5 peratus.

“Bank pusat lain di rantau Asia telah mula mengurangkan kadar faedah manakala BNM mengekalkannya. Jadi, ia boleh menarik peniaga dan pelabur untuk membeli ringgit,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam juga berkata ringgit terus mengekalkan aliran menaiknyaberbanding dolar AS selepas Presiden ASDonald Trump mengarahkan senarai tarif timbal balik disediakan.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...