Saturday , 22 February 2025
Home Pasaran Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan
Pasaran

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Livevartha) — Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalamCelcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Pada 5 petang tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 0.68 daripada 1,591.60 berbanding 1,592.28 ketika ditutup semalam.

Barometer pasaran dibuka 0.63 mata lebih tinggi pada 1,592.91 dan bergerak harian serendah pada1,587.58 dan tinggi pada1,595.01.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 598 berbanding 433, manakala 445 kaunter tidak berubah, 843 tidak diniagakan dan 22 digantung.

Jumlah daganganberkembang kepada 3.27 bilion unit bernilai RM2.40 bilion daripada 2.56 bilion unit bernilai RM2.22 bilion yang dicatatkan semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI kekal dalam mod penyatuan, walaupun mencuba banyak kali, ia bergelut untuk melepasi tahap rintangan psikologi pada paras 1,600.

“Kami percaya ini sebahagian besarnya disebabkan oleh sentimen berhati-hati padasekitar perang tarif AS dan potensi impak ke atas pasaran," katanya lagi.

Presiden AS, Donald Trump telah mengarahkan SetiausahaPerdagangan dan Wakil Perdagangan AS untuk mengkaji tarif timbal balik yang dicadangkan, dengan pelaksanaannya menjelang April akan datang.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan berkata pengumuman mengenai tarif timbal balik, walaupun bersifat agak kompleks, telah memberikan sedikit kelegaan berikutan kekhuatiran pasaran ke atas reaksi serta-merta.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...