Saturday , 22 February 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Kacang Soya Di CBOT
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Kacang Soya Di CBOT

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Kacang Soya Di CBOT

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh prestasi lebih kukuh minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata perkembangan positif terhadap program biodiesel Indonesia turut meningkatkan sentimen pasaran.

“Setakat ini, kami mendapati perkembangan baik dalam program biodiesel Indonesia, yang membawa kepada penggunaan minyak sawit yang lebih tinggi, dan ia memberi kesan positif kepada harga minyak sawit.

“Kami menjangkakan harga MSM akan berada pada paras sokongan RM4,550 satu tan dan paras rintangan pada RM4,750 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 merosot RM43 kepada RM4,725 satu tan, Mac 2025 meningkat RM34 kepada RM4,700 satu tan, dan April 2025 menokok RM38 kepada RM4,592 satu tan.

Kontrak Mei 2025 bertambah RM42 kepada RM4,499 satu tan, Jun 2025 naik RM44 kepada RM4,404 satu tan, dan Julai 2025 meningkat RM40 kepada RM4,321 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 107,707 lot daripada 97,142 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 230,867 kontrak daripada 227,425 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Selatan Februari susut RM50 kepada RM4,800 satu tan.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...