Home Ekonomi Kestabilan politik pacu pertumbuhan KDNK – Fahmi
Ekonomi

Kestabilan politik pacu pertumbuhan KDNK – Fahmi

Faktor kestabilan politik dan dasar negara yang kukuh menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 14 Februari – Faktor kestabilan politik dan dasar negara yang kukuh menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024, yang melepasi sasaran minimum kerajaan dengan kadar 5 peratus.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil berkata pencapaian itu menunjukkan petanda positif bahawa ekonomi negara akan terus berkembang dalam tempoh mendatang.

\”Pada waktu ini, tidak ada petanda yang menunjukkan pengumuman pelaburan daripada sektor teknologi atau syarikat teknologi besar akan berkurangan. Malah, terdapat beberapa indikasi positif kerana di pihak kerajaan, bukan sahaja kestabilan politik yang dikekalkan, tetapi juga kestabilan dasar,\” katanya dalam sidang media mingguan di sini.

Menurut Fahmi, kerajaan akan terus memantau sebarang perubahan dasar di negara luar, khususnya berikutan keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu.

Langkah itu penting bagi memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing dan tidak terkesan oleh faktor luar yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

BERITA BERKAITAN:

  • Pertumbuhan ekonomi 5 peratus bukti keyakinan pelabur terhadap Malaysia
  • Ekonomi Malaysia suku keempat 2024, berkembang lima peratus

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...