Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional SPRM akan terus diperkasa sebagai badan bebas dan berintegriti-Anwar
Nasional

SPRM akan terus diperkasa sebagai badan bebas dan berintegriti-Anwar

SPRM akan terus diperkasa sebagai badan bebas dan berintegriti-Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus diperkasa sebagai badan bebas dan berintegriti dalam usaha membina negara yang berwibawa dan bersih daripada rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SPRM merupakan antara tunggak utama mempertahankan tatakelola bersih dan berintegriti serta menyelamatkan bangsa dan negara daripada keruntuhan berterusan akibat rasuah.

\”Tugas kita sudah bermula dan kita harus pastikan supaya dalam masa singkat, Insya-Allah kita angkat martabat harakat dan darjat negara sebagai negara yang mampu bersih dari salah guna kuasa, rasuah dan saya berikan kepercayaan penuh kepada saudara seperti mana sering saya tegaskan kepada Ketua Pesuruhjaya (SPRM)\”, katanya demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam SPRM 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki komited berbekalkan sokongan daripada pucuk pimpinan negara mendepani pelbagai cabaran dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

\”Kita bukan lagi masa untuk bersedia, tapi kita telah bersedia untuk menghadapi alaf akan datang.

\”Dengan iltizam politik daripada Perdana Menteri, saya yakin percaya bukan saja negara kita maju dan berjaya pada masa akan datang dan juga agenda pencegahan rasuah akan menjadi lebih nyata lagi\”, katanya.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...