Home Ekonomi Inisiatif geran, tabung modal perkasa koperasi India
Ekonomi

Inisiatif geran, tabung modal perkasa koperasi India

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Agenda pemerkasaan ekonomi komuniti India diperkukuh menerusi inisiatif Geran Bantuan dan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), dengan peruntukan awal berjumlah RM1.4 juta kepada lapan koperasi terpilih.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata setakat ini, 14 daripada 17 koperasi yang memohon bantuan kewangan telah mendapat kelulusan.

\”Dengan kerjasama SKM, kita akan turun ke setiap negeri bagi mengadakan taklimat dan perbincangan dengan koperasi India untuk membantu mereka dari segi dokumentasi, pengauditan serta maklumat yang diperlukan supaya permohonan mereka dapat diluluskan,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek cura kepada penerima geran bantuan dan tabung modal pusingan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di sini.

Ramanan turut menggesa komuniti India untuk memanfaatkan setiap inisiatif yang diperkenalkan bagi memastikan kesinambungan program pada masa akan datang.

Selain itu, Ramanan memaklumkan satu lagi inisiatif penting bagi merangsang pertumbuhan perniagaan dalam kalangan komuniti India akan diumumkan dalam masa terdekat.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...