Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Projek Naik Taraf Sekolah Daif: Warga SK Batu Putih Baru terima manfaat
Nasional

Projek Naik Taraf Sekolah Daif: Warga SK Batu Putih Baru terima manfaat

Projek Naik Taraf Sekolah Daif: Warga SK Batu Putih Baru terima manfaat

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa penyerahan Surat Setuju Terima projek di Damai Lagoon Kuching

KUCHING, 12 Februari– Pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Batu Putih Baru, Sandakan, Sabah bakal dilaksanakan bawah Projek Daif Sabah 2023.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana sentiasa komited dalam usaha meningkatkan infrastruktur pendidikan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Ini selari dengan agenda reformasi pendidikan sebagai usaha meningkatkan tahap kualiti pendidikan.

“Sebab kita pun sekarang dalam satu sesi kolaborasi antara agensi pelaksana, JKR Sabah, JKR Sarawak dan JKR Malaysia, bersama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia. Sekarang di Damai Lagoon ini untuk kita membincangkan bagaimana untuk mempertingkatkan kecekapan untuk melaksanakan semua projek, bukan hanya projek bangunan dan sekolah, tapi projek infrastruktur juga\”, katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Penyerahan Surat Setuju Terima projek tersebut di Damai Lagoon Kuching.

Katanya, projek itu bertujuan untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa serta mewujudkan suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selamat kepada warga sekolah.

Beliau juga berharap kontraktor yang telah dilantik menjalankan tanggungjawab dengan baik demi manfaat penduduk setempat khususnya para pelajar.

Projek pembinaan semula bangunan daif Sekolah Kebangsaan Batu Putih Baru, Sandakan, Sabah telah diserahkan kepada syarikat pelaksana dengan kos kontrak yang dipersetujui berjumlah RM43.89 juta.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...