Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Keberkesanan Dasar Inovasi Sosial, jumlah tentera wanita antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Keberkesanan Dasar Inovasi Sosial, jumlah tentera wanita antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Keberkesanan Dasar Inovasi Sosial, jumlah tentera wanita antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Keberkesanan pelaksanaan Dasar Inovasi Sosial (DIS), jumlah anggota tentera wanita, dan status terkini pengenalan Common Bar Course/Common Bar Exam di Malaysia menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengajukan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai cabaran utama dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan DIS di peringkat komuniti, khususnya dalam merapatkan jurang ketidaksamarataan sosial dan ekonomi.

Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) pula meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah anggota tentera wanita yang masih berkhidmat dalam sektor darat, udara, dan laut serta bilangan anggota yang dihantar ke misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Chiew Choon Man (PH-Miri) meminta Perdana Menteri memberikan status terkini usaha Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang dalam memperkenalkan Common Bar Course/Common Bar Exam di Malaysia serta langkah-langkah yang telah diambil sejak tahun lepas sehingga kini.

Dalam sesi sama, Dr Halimah Ali (PN-Kapar) meminta Menteri Perpaduan Negara menjelaskan sama ada kementerian mempunyai garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan dan berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) pula meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk merancakkan pembangunan perumahan mampu milik di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini.- BERNAMA

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...