Home Nasional Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet
Nasional

Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet

Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet

Usul bagi menyeragamkan beberapa agensi kerajaan dalam menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat / Foto Hiasan / Bernama

PUTRAJAYA, 12 Februari – Usul bagi menyeragamkan beberapa agensi kerajaan dalam menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu perlu dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Tidak boleh tubuh syarikat atau agensi tanpa kelulusan tertinggi. Memutuskan untuk membatalkan (agensi) bukan perkara mudah. Jika wajib dilakukan, kita akan lakukan. Ini adalah sebahagian daripada usaha merealisasikan reformasi.

“Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) ditugaskan untuk mengusulkan penyeragaman beberapa agensi dan saya akan membuat keputusan setelah pembentangan dilakukan dalam masa terdekat. Namun, saya bersyukur kerana apa sahaja yang dibincangkan menunjukkan hasrat perubahan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sistem iPayment, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi mengatasi masalah pertindihan fungsi serta memastikan pengurusan dana negara lebih efisien.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....