Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Disebabkan Ketidakpastian Pelan Tarif Terbaru Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Disebabkan Ketidakpastian Pelan Tarif Terbaru Trump

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Disebabkan Ketidakpastian Pelan Tarif Terbaru Trump

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Feb(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap import keluli dan aluminium yang mendorong permintaan untuk logam selamat itu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun hasil AS lebih tinggi dan dolar lebih kukuh, emas melawan graviti hingga mencecah paras tertinggi berikutan ketidaktentuan mengenai rancangan tarif Presiden AS Donald Trump.

“Apabila ia meningkat seiring dengan dolar yang lebih kukuh dan hasil yang meningkat, ia adalah pelindung terhadap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi itu sendiri.

"Sekiranya trend ini berterusan, kita mungkin melihat anjakan paradigma yangmana emas berfungsi sebagai aset perlindungan risiko paling utama," katanya kepada Livevartha.

Kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkat kepada US$2,900.40 setiap auns troydaripada US$2,871.50 setiap auns troy pada Jumaat lalu, manakala kontrak Mac 2025 bertambah kepada US$2,907.50 setiap auns troydaripada US$2,882.50 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 naik kepada US$2,915.50 setiap auns troy berbanding US$2,888.10 setiap auns troy ketika ditutup pada Jumaat.

Jumlah dagangan melonjak kepada 100 lot daripada 36 lotpada Jumaat, manakala kepentingan terbuka meningkat dua kali ganda kepada 138 kontrak daripada 69 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,874.65 setiap auns troy.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...