Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Tarif Trump
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Tarif Trump

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Livevartha) –Keuntungan Axiata, Tenaga Nasionaldan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia, menyebabkan ia ditutup rendah sedikit susulan kebimbangan berterusan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) dan ancaman tarif timbal balik Presiden Donald Trump.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 0.96 mata kepada 1,589.95 berbanding dengan 1,590.91 yang disaksikan semasa Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.26 mata rendah pada 1,587.65 dan bergerak antara 1,584.20 serta 1,590.49 sepanjang sesi urus niaga.

Secara meluas, pasaran kekal negatif, dengan kerugian mengatasi untung sebanyak 589 berbanding366, manakala 503 kaunter tidak berubah, 872 tidak didagangkan dan 22 lagi, digantung.

Jumlah daganganmeningkat kepada 3.0 bilion unit bernilai RM1.85 bilion daripada 2.93 bilion unit bernilai RM2.22 bilion padaJumaat sebelumnya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata pelabur telah mengalihkan perhatian mereka kepada saham-saham yang lebihkecil, terutamanya dalam saham penjagaan kesihatan sertatelekomunikasi, dan menyaksikan pengambilan untung dalam saham-saham teknologi.

Sentimen jangka pendek tetap berhati-hati, ianya akan terusdipengaruhi oleh faktor-faktor luaran, seperti perang perdagangan AS-China.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras akan berada dalam lingkungan 1,580-1,600, yang mewakili tahap sokongan dan rintangan utama," katanya, sambil menambah walaupun bersifat turun naik, keyakinan dalam sektor kecerdasan buatan (AI) China, yang mana firma seperti seperti DeepSeek terus mempamerkan kekuatan sehingga berjaya mengukuhkan keyakinan serantau, menyokong keuntungan di kebanyakan pasaran jiran.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelabulan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata walaupun Malaysia bukan pengeksport aluminium utama, tarif baharu AS sebanyak 25 peratus boleh membawa kesan tidak langsung, khususnya dalam sektor teknologi.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...