Home Nasional Kesalahan lebih muatan, tali pinggang keledar catat saman tertinggi di Kelantan
Nasional

Kesalahan lebih muatan, tali pinggang keledar catat saman tertinggi di Kelantan

Kesalahan lebih muatan, tali pinggang keledar catat saman tertinggi di Kelantan

Foto Bernama

PASIR PUTEH, 10 Februari – Kesalahan lebih muatan dan tidak memakai tali pinggang keledar mencatat jumlah saman tertinggi sepanjang Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 di Kelantan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah memaklumkan sebanyak 147 saman telah dikeluarkan bagi kesalahan lebih muatan, manakala 52 saman dikeluarkan terhadap pemandu yang gagal memakai tali pinggang keledar.

\”Dengan kekuatan anggota seramai 106 orang dan 27 pasukan, JPJ Kelantan telah mengatur rondaan di jalan utama negeri, jalan bandar, serta kawasan yang kerap berlaku kemalangan. Rondaan ini melibatkan lapan koridor,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena penutupan Operasi Khas Tahun Baharu Cina di JPJ Bukit Jawa, di sini malam tadi.

Selain itu, tujuh lagi kesalahan utama turut direkodkan, termasuk memandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah dan memotong di garisan berkembar.

Turut direkodkan ialah kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, serta kenderaan berat di lorong laju dan membawa lebih muatan.

Tambah Mohd Misuari, sepanjang operasi yang berlangsung dari 20 Januari hingga semalam, JPJ telah menggerakkan anggota berpakaian biasa di laluan utama bagi mengekori pesalah trafik menggunakan kenderaan tanpa logo serta alat perakam.

Sebanyak 16,577 kenderaan telah diperiksa, dan 3,475 daripadanya diambil tindakan.

Dalam operasi tersebut, JPJ Kelantan turut mengeluarkan 6,434 notis kepada pengguna jalan raya, 5,158 saman, 485 notis arah periksa (Seksyen 61(1)), 542 notis larangan penggunaan kenderaan (PG1) dan 233 lain-lain notis.

Selain itu, sebanyak 26 kenderaan telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala lima lori turut disita di bawah Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....