Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Aliran Menurun Minggu Depan Susulan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Aliran Menurun Minggu Depan Susulan Pengambilan Untung

Niaga Hadapan MSM Dijangka Aliran Menurun Minggu Depan Susulan Pengambilan Untung

Kredit: MPOC

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivativesdijangka menurun sedikit minggu depan susulan peniaga terlibat dalam aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan harga baru-baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.

"Kami menjangkakan komoditi berkenaandiniagakan antara RM4,380 dan RM4,600 (setiap tan)," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Peniaga Kanan Minyak SawitInterband Group of CompaniesJim Tehberkata Malaysia dan Indonesia masih mempunyai simpananminyak sawit yang mencukupitanpa sebarang tanda iaakan berkurangan.

“Seperti biasa, permintaan akan datang dari China, India, Pakistan, negara Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mengeluarkan datanya untuk Januari 2025 padaIsnin, 10 Feb, 2025.

Berdasarkanasas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkat RM229kepada RM4,781setiap tan.

Kontrak Mac 2025 naik RM197 kepada RM4,601 setiaptan manakala April 2025 bertambahRM215 kepada RM4,504 setiaptan, Mei 2025 berkembangRM215 kepada RM4,504 setiaptan, Jun 2025 melonjakRM180 kepada RM4,320 setiaptan dan Julai 2025 menokok RM160 kepadaRM4,261 setiaptan.

Jumlah dagangan mingguan meningkatkepada 375,637 lot daripada 162,072 lot pada minggu sebelumnyamanakala kepentingan terbuka naik kepada 227,401 kontrak daripada 219,710 kontrak.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...